Melimpah ruah Masjid Putra penangan Kuliah Subuh MADANI walau hari bekerja
Mengejutkan apabila Masjid Putra di Putrajaya dihadiri jemaah yang melimpah ruah sempena Kuliah Subuh MADANI pagi tadi. Walaupun pada hari bekerja, kehadiran dilaporkan mencecah kira-kira 10,000 jemaah, menurut BH. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jemaah menunaikan solat Subuh dengan diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim Zakaria. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM),…