Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi: 1 juta ‘fleet card’ tersedia
Sebanyak sejuta ‘fleet card’ tersedia bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, ketersediaan itu penting bagi memastikan kesiapsiagaan dalam perancangan agenda penyasaran semula subsidi diesel. Beliau berkata, pihaknya telah menggerakkan kerjasama dengan lima syarikat minyak termasuk Petronas, Shell, Petron, BHP…