PM minta mesyuarat setiap minggu cari penyelesaian isu padi, beras
Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu untuk bermesyuarat setiap minggu sehingga 20 Mac bagi mencari penyelesaian isu padi dan beras. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL…