Universiti awam digesa beri ruang kepada pemain industri untuk teroka bidang baru
Universiti awam terutamanya di utara Semenanjung perlu memberi ruang secukupnya bagi membolehkan pemain industri bekerjasama untuk meneroka bidang baru berkaitan dengan industry teknologi tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menekankan kepentingan sinergi di antara universiti, pemain industri dan sektor swasta dalam membangunkan industri semikonduktor dan ekosistem berkaitan, selaras dengan kedudukan Pulau Pinang…