Rifaat tarik balik kenyataan berkaitan permohonan maaf pesuruhjaya Pas Perak kepada Anwar
Anak pesuruhjaya Pas Perak, Muhammad Rifaat Razman telah menarik balik kenyataannya yang mendakwa bahawa bapanya Razman Zakaria memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menjaga nama baik perdana menteri. Rifaat ialah ketua pemuda Pas Lenggong dan bertanding di DUN Kota Tampan. Dia juga telah memadamkan hantarannya di Facebook dan menyahaktifkan akaun Facebooknya…