‘Kalau kita masih kusut dengan fahaman jahiliah…’ – Ini pesan PM depan dua tokoh Maal Hijrah 1446H
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa fahaman yang sempit dan ketaasuban perlu ditinggalkan dengan memilih ilmu serta kefahaman demi kemaslahatan ummah. Perdana Menteri turut mengajak umat Islam bangkit bermula dengan pembersihan jiwa, hati nurani dan kehidupan. “Kalau kita masih kusut dengan fahaman jahiliah, kejahilan, kezaliman dan penindasan, maka kita tidak boleh mengisi (diri) dengan fahaman…