Rasuah pegawai kanan TLDM sedang dijejak, SPRM beku 21 akaun bank
Tujuh akaun syarikat dan 14 akaun perbankan milik beberapa individu dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan anggaran nilai kira-kira RM700,000. Tindakan itu diambil susulan siasatan ke atas beberapa syarikat yang dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah bagi mengesyorkan dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dilaporkan, SPRM menerusi Op Layar…