‘Dahan pokok cedera dilanggar’, ramai ketawa Syed Saddiq cedera langgar pokok tumbang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera selepas basikal ditunggangnya terjatuh dan melanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam. Bagaimanapun, orang ramai menerusi media sosial dilihat ramai pula meninggalkan emoji ketawa. Ada yang secara berseloroh berkata, dahan pokok cedera akibat dilanggar selain mempersoal mengapa Ahli Parlimen Muar berkenaan tidak cuba mengelak….