PARLIMEN | Zon ekonomi sempadan, Thailand buka pintu, Malaysia dapat apa?
Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand dijangka menjadi pemangkin baharu pertumbuhan ekonomi negara, khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung, menerusi peningkatan perdagangan rentas sempadan serta pembangunan infrastruktur strategik. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan, pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat…