Bang Mat dedah potensi besar Malaysia, gergasi korporat AS makin berminat
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pagi tadi menerima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council yang disifatkan beliau mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan berkualiti serta memperkukuh keterjaminan makanan negara. Delegasi berkenaan diketuai oleh Brian D. McFeeters dan turut disertai wakil beberapa gergasi korporat Amerika Syarikat (AS) termasuk Abbott, Boeing, Cargill, IBM…