‘Kerajaan negeri cuma arah henti hiburan, penganjur yang pilih tutup ekspo’
Kerajaan negeri Kedah menafikan pihaknya ada mengarahkan penganjur Fiesta Raya Baling 2024 supaya para peniaga menutup sepenuhnya operasi perniagaan di karnival tersebut. Sebaliknya kata Exco negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria, pihaknya hanya mengarahkan agar penganjur menghentikan aktiviti hiburan. Menurutnya, operasi karnival itu boleh diteruskan namun keputusan menutup…