MoU RM450 juta Selangor – MCMC: Pacu bandar pintar melalui pusat operasi bersepadu SIIOC
Kerajaan Selangor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh pembangunan bandar pintar menerusi kerjasama strategik bernilai RM450 juta yang memberi tumpuan kepada pengoperasian Pusat Operasi Bersepadu dan Pintar Selangor (SIIOC). Inisiatif itu bakal memperkasakan pengurusan bandar berasaskan teknologi digital, sekali gus membolehkan pemantauan trafik, keselamatan awam dan risiko banjir dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun…