Kerjasama politik perlu kejujuran, perkukuh jentera AMANAH – Aminolhuda
Kerjasama politik yang dibina tanpa kejujuran dan kesetiaan kepada mandat rakyat sukar untuk bertahan dalam jangka panjang, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan. Beliau berkata pengalaman politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membuktikan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan tidak ditentukan oleh jumlah parti yang bergabung, sebaliknya bergantung kepada keikhlasan dan kesepakatan antara rakan politik….