KPT, KKM diarah selesai segera isu graduan farmasi Universiti Alexandria
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mempercepatkan penyelesaian isu pengiktirafan graduan program Doktor Farmasi (PharmD) dari Universiti Alexandria, Mesir yang berlarutan sejak sekian lama. Arahan itu dikeluarkan selepas Pejabat Perdana Menteri menerima dan meneliti aduan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar bidang farmasi universiti berkenaan berhubung status pengiktirafan kelayakan mereka…