Aurat tak boleh dikompromi, kerajaan akan kaji isu pakaian lokap wanita
Kerajaan memberi perhatian berhubung isu pakaian lokap untuk wanita kerana hal membabitkan aurat tidak boleh dikompromi kerana sebahagian daripada tuntutan agama. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, isu tersebut akan dibincangkan dengan kementerian berkaitan bagi memastikan aurat kaum wanita Muslim terpelihara. “Berkenaan aurat, kita tak ada kompromi, itu hukum,…