KPKM puji inisiatif kerajaan Selangor, seru negeri lain tampil bantu sektor agromakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyambut baik komitmen kerajaan Selangor yang memperuntukkan RM25 juta untuk sektor pertanian, yang dijangka memanfaatkan lebih 17,000 pesawah, nelayan, petani, penternak dan pengusaha akuakultur di negeri tersebut. Peruntukan tersebut adalah antara inisiatif kerajaan negeri menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan peruntukan berjumlah RM131 juta bagi mendepani cabaran semasa,…