Operasi gempur warga asing ketika Aidilfitri bukan pilihan, Imigresen jawab kritikan Zaid Ibrahim
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan bahawa pelaksanaan operasi penguatkuasaan ketika Aidilfitri adalah satu keperluan, bukan pilihan. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli dilapor berkata, keselamatan dan ketenteraman awam tidak boleh dikompromi walau dalam apa jua keadaan, termasuk musim perayaan. “Sekiranya penguatkuasaan dilonggarkan, terdapat risiko pihak tertentu akan mengambil kesempatan melanggar undang-undang, termasuk…