Tandus idea bangunkan negeri, ini sebab Pas hanya nak buat papan tanda pasal LGBT
Seorang rakyat Kelantan menyifatkan kerajaan Pas tandus idea dalam membangunkan negeri itu sebaliknya sibuk mahu menaikkan papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual. Aman Muhammad menerusi hantaran di Facebook berkata, selain peningkatan kes HIV LGBT di Kelantan, turut sama meningkat ialah kes zina, rogol, cabul, sumbang mahram di Kelantan. “Bahkan, Kelantan juga catat kes dadah tertinggi…