Tiada bukti pemuda pijak al-Quran peluk Islam, bapa tidak tahu, rekod mualaf pun tiada
Belum ada bukti bahawa pelajar, S.Vikneswaran yang memijak al-Quran sudah memeluk Islam. Bapa pemuda berkenaan, K Selvanathan tidak dapat mengesahkan status sebenar agama anaknya itu ketika ditanyakan peguam tertuduh, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman di Mahkamah Sesyen Kuantan pagi tadi. Amirull berkata, Selvanathan tidak mempunyai sebarang maklumat sama ada anaknya pernah mengucap dua kalimah syahadah….