Selangor sedia bantu keluarga pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan negeri Selangor sedia menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar yang terlibat dalam nahas jalan raya di Jordan, kelmarin. Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pejabat beliau telah berhubung dengan waris dan keluarga pelajar yang terlibat serta akan memantau keadaan dari semasa ke semasa. “Insya-Allah kerajaan negeri bersedia menghulurkan bantuan terhadap keluarga pelajar terbabit. “Marilah…