Kerajaan Madani terus lakar pencapaian cemerlang, ekonomi Malaysia dijangka atasi anggaran awal
Penganalisis menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024 yang akan diumumkan pada 17 Mei ini mengatasi anggaran awal 3.9 peratus yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini. Rata-rata penganalisis meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang lebih 4.0 peratus pada suku terbabit berbanding pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus pada suku keempat…