Pemandu treler rempuh empat kereta sah positif dadah
Polis mengesahkan pemandu treler yang merempuh empat kenderaan sehingga mengorbankan seorang mangsa, didapati positif dadah. Menurut Bernama, pemandu lelaki warga tempatan berusia 28 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine. Ia dimaklumkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, selepas melakukan ujian saringan air kencing. Suspek kini direman selamat empat hari bermula semalam…