Mengapa gaya hidup Tun M, Mahiaddin tidak dianggap Islam Liberal?
Oleh NORMAN RADZUAN Ketika zaman remaja mengenali politik, saya tertarik dengan perjuangan Islam. Saya mendekati Al Arqam dan dalam politik bersama Pas. Dengan menggunakan ‘gam hingus’, rakan-rakan sebaya menampal logo Pas dalam kertas bersaiz separuh A4 di tiang-tiang lampu selepas Subuh. Tak ada gambar calon kerana Pas ketika itu di zaman era gelapnya tidak berduit….