Mohamad Sabu terima ‘Medal of Spiritual Unity’ daripada Mufti Rusia
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu diberikan penghormatan apabila telah dianugerahkan ‘Medal of Spiritual Unity’ oleh Mufti Besar Persekutuan Rusia semalam. Ravil Gaynutdin yang juga Pengerusi Muslim Spiritual Board, Persekutuan Rusia menyempurnakan penyampaian anugerah itu di Grand Cathedral Mosque, Moscow semasa siri lawatan rasmi Mohamad ke Rusia atas usaha meningkatkan perpaduan ummah….