PRK KKB: PH umum calon malam ini
Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) malam ini. Menerusi maklumat yang disebar kepada media, pengumuman calon dijadualkan berlangsung pukul 9.45 malam. Sebelum itu, siri ucapan daripada pemimpin daripada komponen PH dijangka bermula jam 8.40 malam. Antara pemimpin utama PH yang bakal menyampaikan…