Melihat cara Dr Dzulkefly bekerja, ini komen pegawainya
Seorang pegawai Menteri Kesihatan berkongsi pandangannya mengenai Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang disifatkannya sebagai tidak berhenti bekerja. Menerusi laman X, Epul Roseman mengakui Dr Dzulkefly tanpa henti memikirkan kebajikan para doktor dan jururawat. “YBMK (Yang Berhormat Menteri Kesihatan) sentiasa cari jalan untuk memperbaiki keadaan. “Mohon bersabar, usaha penyelesaian sedang digerakkan. Perubahan memerlukan masa,” katanya….