Penjawat awam ditahan salah guna jawatan, luluskan RM12,000 untuk kegunaan diri
Seorang penjawat awam di Seremban ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya untuk memohon dan meluluskan dana berjumlah RM12,000 untuk kepentingan dirinya. Suspek lelaki yang berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. “SPRM menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukannya dengan…