PM beri jaminan kaji semula rangka kerja pelantikan kehakiman
Kerajaan akan meneliti secara menyeluruh kerangka kerja Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK), selepas wujud gesaan agar peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim dihapuskan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan proses pelantikan kehakiman benar-benar mencerminkan prinsip ketelusan serta kebebasan badan kehakiman tanpa menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan keistimewaan Raja-Raja Melayu….