Menteri tegur intelektual populis ulas isu di luar bidang kepakaran
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta agar golongan akademik terutama intelektual populis tidak mengulas sesuatu isu untuk meraih populariti. Beliau menyinggung mengenai seorang pensyarah di sebuah universiti yang didakwa mengaitkan isteri Rasulullah, Khadijah, dengan alam Melayu dalam ceramahnya. Beliau tidak mahu ada ahli akademik mengeluarkan kenyataan sebarangan sehingga boleh menimbulkan keresahan…