Dakwa RM30,000 duit Tabung Haji lesap, rupanya dipindahkan ke akaun bank sendiri
Dakwaan bahawa seorang bekas pegawai kanan kerajaan kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun Tabung Haji miliknya dipindah ke akaun milik orang lain, adalah tidak benar. Ia disahkan sendiri Tabung Haji selepas mendapati wang yang didakwa hilang itu sebenarnya telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik pengadu itu sendiri. “Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah…