Polis sahkan memang ada kerja korek tanah di Putra Heights guna ‘backhoe’
Polis mengesahkan terdapat kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights yang berlaku 1 April lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan terdapat dua jentera yang digunakan di lokasi berkenaan iaitu backhoe dan excavator. Bagaimanapun kata beliau, kerja-kerja pengorekan adalah untuk menggantikan paip kumbahan yang telah dihentikan…