Jangan bergantung zakat semata-mata, agensi lain perlu terlibat bantu asnaf
Usaha bagi membantu membawa golongan asnaf keluar daripada garis kemiskinan tidak hanya bergantung kepada bantuan daripada institusi zakat. Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata institusi zakat menjadi institusi yang penting untuk mengubah kehidupan asnaf namun ia memerlukan penglibatan lebih banyak agensi lain. “Tidak boleh berhenti pada institusi zakat sahaja tetapi keseluruhan jentera itu sebenarnya…