Malaysia negara kelima paling bahagia di dunia
Malaysia telah dinamakan negara kelima paling bahagia di dunia, menurut laporan ‘Mental State of the World’. Laporan yang dikemukakan Projek Minda Global itu berdasarkan tinjauan melibatkan lebih 400,000 individu di 71 negara. Menurut laporan organisasi penyelidikan neurosains, Sapien Labs, Malaysia ditangga kelima dengan mencatatkan 85 peratus. Kedudukan itu adalah peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding 2022…