SPR tetapkan tiada pilihan raya kecil DUN Batang Kali
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa tiada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali akan dijalankan setelah kerusi itu diisytiharkan kosong. SPR dalam kenyataan berkata berdasarkan kepada Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX(5), Speaker telah memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut….