Selangor lancar operasi bersepadu denggi, kes meningkat lebih 6,500 hingga Mac
Selangor telah melancarkan Operasi Bersepadu Denggi Selangor (OBDS) sejak 15 Februari ekoran peningkatan kes denggi yang mencecah lebih 6,500 kes dari Januari hingga 11 Mac lalu, kata Exco kesihatan. Operasi itu melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan sukarelawan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA),…