Usul DUN Pulau Pinang lulus empat kerusi wakil pembangkang diisytihar kosong
Kesemua empat wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang diarahkan keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas usul pengosongan kerusi mereka diluluskan sidang DUN. Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu iaitu Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md. Lazim (Teluk…