Asyik tanya formula, Rafizi lancar inisiatif jualan makanan serendah harga RM2
Bagi yang sebelum ini asyik sibuk bertanya tentang formula yang bakal Rafizi Ramli kemukakan untuk menangani masalah bebanan kos sara hidup rakyat, hari ini Menteri Ekonomi itu ‘membuka langkah’ melontarkan jawapan-jawapannya. Tanpa menunggu lama, Kementerian Ekonomi hari ini melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan Madani 2023 pada Jumaat. Rafizi berkata sebagai permulaan,…