Makin banyak akaun palsu dicipta lalu dipadam lepas sebar kandungan 3R
Kemunculan akaun-akaun palsu di media sosial yang dicipta untuk menyebarkan kandungan berunsur agama, kaum dan institusi diraja (3R) adalah cabaran utama kerajaan ketika ini untuk membendung tindakan tidak bertanggungjawab itu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia mencabar kerana selepas akaun-akaun palsu ini menyebarkan berita 3R, akaun tersebut akan terus dipadam supaya tidak dapat dijejak. Menteri…