Perlu bijak berdiplomasi, kata Anwar kepada pengkritik ekoran jemputan untuk Trump
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulangkan paku buah keras kepada segelintir yang mengkritiknya ekoran jemputan yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN hujung bulan ini. Ini kerana para pengkritiknya tidak mempunyai kebijaksanaan untuk berdiplomasi, waima dengan musuh sekalipun. Beliau menegaskan keperluan untuk mencari penyelesaian yang tuntas meskipun umum…