AMK Sabah kecam kenyataan biadab ADUN PN
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah tampil mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) dari Kedah yang didakwa menghina rakyat Sabah dengan mengatakan bahawa “Orang Sabah kempen dia bagi roti Gardenia ja.” Menerusi kenyataan hari ini, AMK Sabah menyifatkan ucapan pemimpin Pas itu mencerminkan sikap angkuh, tidak berakhlak dan tiada…