SPRM tahan dua pemilik syarikat buat tuntutan palsu RM2.5 juta untuk projek baik pulih sekolah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti sekolah di negeri itu. Suspek berusia 43 dan 50 tahun itu didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan peruntukan RM2.459 juta pada 2022. Kedua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM pada kira-kira 4.10 petang semalam….