Dakwaan Fahmi Reza dilarang keluar Malaysia mesti diperjelas
Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengesahkan dakwaan artis grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang dia telah dilarang untuk keluar negara. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, jika dakwaan itu benar, kerajaan perlu menjelaskan mengapa tindakan tersebut diambil. Beliau berpendapat larangan tersebut tidak diperlukan kerana Fahmi bukanlah seorang yang tergolong dalam risiko melarikan diri (flight risk)….