Boleh servis pendingin hawa sambil hantar makanan, ini tawaran MARA
Pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan selepas ini boleh melakukan servis pendingin hawa lantaran memiliki kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GiatMARA akan memulakan program TVET kepada pekerja ekonomi gig dalam usaha menambah nilai kemahiran mereka. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemahiran itu perlu diterapkan…