Pelantikan pengerusi KADA: Khalid balas dakwaan Sayuti
Khalid Samad yang menerima pelantikan sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menafikan bahawa lantikannya itu adalah amalan lama dan lantikan politik semata-mata sepertimana yang didakwa oleh penulis politik Sayuti Omar. Dalam satu hantaran Facebook, Sayuti mendakwa bahawa nasib dan suasana petani di KADA tidak berubah meskipun pengerusi KADA silih berganti. Sayuti turut mendakwa bahawa…