Wan Fayhsal cadang jenazah Daim dikebumi di Makam Pahlawan
Armada Bersatu mencadangkan jenazah Tun Daim Zainuddin diberi penghormatan negara dengan solat jenazah didirikan di Masjid Negara dan disemadikan di perkarangan Makam Pahlawan. Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal berkata perkara tersebut sebagai menghargai sumbangan besar bekas Menteri Kewangan berkenaan kepada negara. Menerusi kenyataannya di platform X sebentar tadi, Wan Fayhsal menyifatkan Allahyarham sebagai telah banyak menyumbang…