Polis sahkan tiada sabitan jenayah ke atas calon BN Mahkota
Ketua Polis Kluang ACP Bahrin Mohd Noh mengesahkan bahawa calon BN DUN Mahkota Syed Hussein Syed Abdullah tidak mempunyai rekod sabitan jenayah di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969. “Siasatan yang dijalankan bersabit kes yang dinyatakan telah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwaraya dan diarahkan tiada Tindakan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan….