Penamatan Khairuddin sebagai KP J-KOM: Ini penjelasan Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penamatan khidmat Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) adalah prosedur biasa. Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkenaan berkata urusan penamatan itu dilakukan mengikut proses yang teratur. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya media berkenaan punca khidmat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras itu ditamatkan….