“Lulus ya cikgu” Fadhlina lulus segera permohonan Cikgu dari Bera untuk bantu laluan muridnya
“Lulus, ya cikgu.” Itu jawapan ringkas tetapi cukup melegakan daripada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, selepas menerima rayuan seorang guru mengenai laluan daif yang digunakan muridnya untuk ke sekolah. Fadhlina mengumumkan kelulusan RM150,000 bagi menyediakan laluan menggunakan modul Jetfloat untuk murid Sekolah Kebangsaan Iskandar di Bera, Pahang. Kisah itu bermula apabila seorang guru menggunakan…