Rumah Makan Percuma, usaha Ayam Bismi dapatkan keberkatan
Rumah Makan Percuma yang terletak di Simpang Empat Kangkung, Alor Setar mungkin satu-satunya restoran atau kedai makan yang memberikan makan tengahari secara percuma kepada orang ramai secara berterusan sejak ditubuhkan. Ia diusahakan oleh pasangan suami isteri Datuk Jefry Ahmad dan isterinya Datin Mazlina Kamarudin melalui syarikat mereka, Ayam Bismi. Ia dirasmikan oleh Mufti Kedah pada…