Tergamak sarjan terima rasuah tutup kes cabul, mahkamah denda RM8,000
Mahkamah Sesyen hari ini mengenakan hukuman denda RM8,000 kepada seorang bekas penolong penyiasat polis berpangkat sarjan selepas menerima rasuah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mencabul, dua tahun lalu. Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin….